artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
3% bakal jemaah haji Malaysia yang gagal ujian kesihatan boleh mohon semula tahun depan - Menteri | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

3% bakal jemaah haji Malaysia yang gagal ujian kesihatan boleh mohon semula tahun depan – Menteri

3% bakal jemaah haji Malaysia yang gagal ujian kesihatan boleh mohon semula tahun depan – Menteri
- Gambar hiasan BERNAMA

SHAH ALAM: Bakal jemaah haji musim 1447H/2026M yang gagal melepasi ujian pemeriksaan kesihatan seperti ditetapkan kerajaan Arab Saudi boleh membuat permohonan semula untuk tahun berikutnya jika tahap kesihatan mereka bertambah baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar berkata, setakat ini 3% daripada 31,600 bakal jemaah haji Malaysia dilaporkan gagal ujian saringan kesihatan untuk menunaikan rukun Islam kelima musim 2026.

“Sekiranya mereka gagal untuk tahun tersebut, tidak bermakna peluang terus tertutup. Kalau mereka berusaha pada masa hadapan untuk mengubah diri dan jaga kesihatan, surat tawaran akan diberikan kepada mereka apabila benar-benar layak.

“Saya percaya peraturan diperkenalkan kerajaan Arab Saudi telah mengambil kira hasil kajian dan hakikat yang berlaku apabila jemaah mempunyai penyakit kronik menyebabkan catatan kes kematian agak tinggi setiap kali musim haji,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan 2025 hari ini.

Mohd Na’im berkata, Malaysia komited untuk mematuhi syarat melibatkan elemen kesihatan susulan kes kematian akibat serangan jantung yang direkodkan dalam kalangan jemaah haji negara pada setiap musim.

Bagi tujuan itu, katanya, Tabung Haji (TH) akan bergerak senada dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam konteks memperkukuh sistem pemeriksaan kesihatan memandangkan peraturan haji akan ditambah baik hampir setiap tahun.

“Selepas ini, sudah tentu TH akan melihat serta menilai semula semua peraturan terkini yang telah ditetapkan bagi mengemas kini dan menghasilkan modul baharu dalam kursus haji pada masa akan datang,” katanya.

“Usaha itu sangat diperlukan berikutan penekanan diberikan kerajaan Arab Saudi baru-baru ini, secara jelas bertujuan memastikan tahap kesihatan setiap jemaah berada pada tahap terbaik sepanjang musim haji.”

Pada Isnin lepas, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan syarat kesihatan yang perlu dipatuhi untuk menunaikan haji bagi musim 1447H/2026M, antaranya bebas daripada penyakit berjangkit, penyakit serius atau penyakit kronik tidak terkawal dan berupaya menjalankan ibadat haji dengan sendiri.

Sehubungan itu, semua bakal haji wajib menjalani dan lulus pemeriksaan kesihatan kendalian KKM sebagai syarat kelayakan melibatkan istito’ah jasmaniyyah (kemampuan fizikal) dan sihhiyyah (kesihatan) sebelum menerima tawaran menunaikan haji. – MADANI NEWS