artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Kakitangan awam berkhidmat di WP, Selangor dan ibu negeri tinggal melebihi 8 km layak bekerja dari rumah | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Kakitangan awam berkhidmat di WP, Selangor dan ibu negeri tinggal melebihi 8 km layak bekerja dari rumah

Kakitangan awam berkhidmat di WP, Selangor dan ibu negeri tinggal melebihi 8 km layak bekerja dari rumah

PUTRAJAYA – Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor serta semua ibu negeri dengan jarak perjalanan sehala melebihi lapan kilometer layak melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) mulai 15 April ini.

Ketetapan itu dimaklumkan menerusi surat edaran bertajuk “Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah bagi Perkhidmatan Awam berikutan Konflik Asia Barat” yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, hari ini. Pelaksanaan tersebut adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) berkaitan dasar, syarat dan peraturan BDR.

Menurut surat edaran itu, pelaksanaan BDR secara berperingkat merupakan langkah strategik kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada kos dan operasi harian.

Bagaimanapun, beberapa sektor dikecualikan daripada pelaksanaan ini termasuk perkhidmatan keselamatan dan pertahanan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Imigresen Malaysia. Sektor kesihatan dan pendidikan yang melibatkan perkhidmatan kritikal dan sesi persekolahan turut tidak terlibat.

Bagi sektor lain yang layak, Ketua Jabatan bertanggungjawab menentukan perkhidmatan penting serta menyusun jadual BDR mengikut keperluan operasi. Pegawai perlu merekod kehadiran melalui sistem SPOT-Me dengan fungsi geolokasi setiap jam, manakala pemantauan prestasi dan keberadaan akan dilakukan secara berkala.

Pelaksanaan hari BDR pula ditetapkan mengikut negeri dan hari kelepasan mingguan, dengan negeri bercuti Ahad melaksanakan BDR dari Selasa hingga Khamis, manakala negeri bercuti Jumaat dari Isnin hingga Rabu. Arahan ini turut dipanjangkan kepada perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan bagi pelaksanaan selaras di seluruh negara. – MADANI NEWS