artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
‘’Kalaupun cinta PMX…mahu tunjuk kesetiaan..cukup ucapan sendiri’’ – Rafizi kritik Fadhlina | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

‘’Kalaupun cinta PMX…mahu tunjuk kesetiaan..cukup ucapan sendiri’’ – Rafizi kritik Fadhlina

‘’Kalaupun cinta PMX…mahu tunjuk kesetiaan..cukup ucapan sendiri’’ – Rafizi kritik Fadhlina
Video tular Fadhlina Sidek bersama pelajar ucap Selamat Hari Jadi kepada Perdana Menteri yang mencetuskan kontroversi.

FAKTANYA tindakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengajak pelajar sekolah mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah mencetuskan kritikan dalam media sosial.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen dan hari ini, Fadhlina dikritik oleh rakannya sendiri dalam PKR iaitu bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Rafizi Ramli

Dalam kenyataan melalui rakaman video, Rafizi menegaskan bahawa sekolah sepatutnya menjadi ruang berkecuali dengan tumpuan kepada penyampaian ilmu, pembinaan nilai dan pembentukan sahsiah, bukannya platform untuk luahan politik.

“Sekolah adalah tempat yang sangat penting untuk kita. Sekolah bukan sahaja memberi ilmu, ia tempat memupuk budaya dan sikap. Kalau ya pun dia sangat cintakan PMX dan mahu buktikan kesetiaan, cukup dengan ucapan daripada dia sendiri, tak perlu libatkan murid-murid,” kata beliau.

 Melalui video yang tular, ia menunjukkan Fadhlina mengajak murid-murid mengucapkan “Happy Birthday PMX, We Love You” kepada Perdana Menteri yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-78 pada 10 Ogos.

Mengulas lanjut,  Rafizi memberi amaran bahawa tindakan seperti itu berisiko mencipta duluan yang tidak sihat kepada menteri pendidikan pada masa depan, yang mungkin turut meminta pelajar menunjukkan kesetiaan dan kasih sayang kepada pemimpin politik semasa.

“Bila dia buat begitu, nanti di masa akan datang tak salahlah menteri-menteri pendidikan akan datang meminta murid-murid, pelajar dan siswa menyatakan taat setia dan kecintaan kepada pemimpin lain,” katanya.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Panda  berkata dia sangat berhati-hati dalam mencampuradukkan politik dengan pendidikan.

“Sebaik mungkin saya bantu permohonan sekolah-sekolah di Pandan. Tapi saya hanya hadir ke dalam kawasan sekolah sekali sahaja, itu pun sebab dipujuk sangat oleh guru besar. Sebabnya ialah saya tidak mahu campur adukkan politik dengan sekolah dan anak-anak kita,” katanya sambil mengakui kritikannya kali ini lebih sukar kerana ia melibatkan rakan parti sendiri.

Rafizi berkata kalau orang lain yang melakukan perbuatan itu beliau akan berasa marah.

“Tapi kini bila menteri pendidikan dari PKR sendiri yang buat, saya pun rasa malu. Lepas ni orang PKR tak boleh kritik dah kalau ada ahli politik masuk sekolah dengan mesej politik,” katanya lagi.