Jojo tewaskan petarung Maghribi menerusi TKO di Bangkok | Madani News

Jojo tewaskan petarung Maghribi menerusi TKO di Bangkok

Jojo tewaskan petarung Maghribi menerusi TKO di Bangkok

JAGUH Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar menumbangkan petarung Maghribi, Zakaria El Jamari dalam aksi kelas flyweight ONE Fight Night 35 di Stadium Lumpinee, Bangkok di Thailand hari ini.

Lebih dikenali sebagai Jojo, atlet berusia 18 tahun itu menebus kekecewaan lalu apabila meraih kemenangan bergaya menerusi ‘technical knockout’ (TKO) selepas tewas tipis pada ONE Fight Night 32, Jun lepas.

Dalam pertarungan itu, Jojo tampil tenang sejak awal dan berjaya mendominasi gelanggang sebelum menumbangkan lawannya dalam tempoh dua minit 10 saat.

Untuk rekod, kali terakhir Jojo mencatat kemenangan ialah pada 7 Sept tahun lalu apabila menewaskan Josue Cruz menerusi ‘knockout’ (KO) pada pusingan pertama.
— BERNAMA