artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Pelantikan Undang Luak Sungei Ujong ke-11 didakwa tidak sah | Madani News

Pelantikan Undang Luak Sungei Ujong ke-11 didakwa tidak sah

Pelantikan Undang Luak Sungei Ujong ke-11 didakwa tidak sah
Gambar hiasan

DATO’ – DATO’ Lembaga Adat Sungei Ujong menegaskan bahawa pelantikan Muhammad Faris Johari sebagai Undang Luak Sungai Ujong ke-11 adalah tidak sah dan bercanggah dengan aturan adat yang ditetapkan.

Berikut ialah kenyataan rasmi yang dikeluarkan mereka hari ini.

KENYATAAN RASMI DATO’-DATO’ LEMBAGA ADAT SUNGEI UJONG

PELANTIKAN MUHAMMAD FARIS BIN JOHARI SEBAGAI UNDANG LUAK SUNGEI UJONG KE-11 ADALAH TIDAK SAH DAN SALAH DALAM ATURAN ADAT SUNGEI UJONG

Adalah kami, merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Orang Kaya Dato’ Laksamana Shaharumzaman bin Abdul Malek bertarikh 5 Mei 2026. Untuk makluman, penama Shaharumzaman bin Abdul Malek ini telah dipecat pada 20 Mac 2026, surat pemecatan telah diterima oleh Pejabat Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan bertarikh 30 Mac 2026. Jadi,penama ini tiada lagi sebarang kelayakan dalam menentukan aturan adat di dalam Luak Sungei Ujong, sekaligus tiada kuasa dalam melantik Undang Luak Sungei Ujong.

Dalam kenyataan media tersebut, ada menyebut nama Zainol Ariffin bin Ibrahim sebagai YM Dato’ Andulika Mandulika Tua Lembaga Waris di-Darat yang mengesahkan pelantikan tersebut. Sekali lagi dimaklumkan, penama ini juga telah dipecat pada 28 November 2024, surat pengesahan pemecatan juga telah dikeluarkan oleh Pejabat Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan bertarikh 2 Disember 2024. Ditegaskan sekali lagi, penama ini dengan jelas tiada lagi kelayakan dalam menentukan aturan adat di dalam Luak Sungei Ujong, apatah lagi dalam menentukan lantikan Undang Luak Sungei Ujong.

Dalam kenyataan media tersebut, dikeluarkan oleh Majlis Dato’ Lembaga Adat Sungei Ujong. Sekali lagi dimaklumkan pengesahan penubuhan Majlis Dato’ Lembaga Adat Sungei Ujong itu tiada kaitan dengan Balai Undang Luak Sungei Ujong dan penubuhannya di luar pengetahuan YTM Undang Luak Sungei Ujong dan merujuk kepada surat Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan bertarikh 22 April 2025, penubuhan ini tiada pengesahan dari Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan.

Untuk makluman, YM Dato’ Andulika Mandulika Sungei Ujong yang sah di dalam Luak Sungei Ujong adalah YM Sazali bin Mohamed Yasin yang dilantik pada 1 April 2025. Surat pengesahan lantikan juga telah dikeluarkan oleh Pejabat Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan bertarikh 11 April 2025. Jadi, disini kami tegaskan pelantikan Muhammad Faris bin Johari ini tidak sah dan salah dalam aturan adat Sungei Ujong.

Pelantikan Undang Luak Sungei Ujong perlu kepada persetujuan sebulat suara semua ibu-ibu soko waris Klana Hulu dan ibu-ibu soko waris Klana Hilir, dan persetujuan sebulat suara kesemua Dato’Dato’ Lembaga Adat Sungei Ujong dan pengisytiharan mestilah dibuat oleh YAM Dato’ Shahbandar Sungei Ujong. Dalam isu pelantikan Muhammad Faris bin Johari ini tiada langsung persetujuan sebulat suara dari ibu-ibu soko waris Klana Hulu, waris Klana Hilir dan tiada langsung persetujuan dari Dato’-Dato’ Lembaga Adat Sungei Ujong yang sah di dalam Luak Sungei Ujong.

Berkaitan dengan Telaga Undang, dimaklumkan Telaga Undang itu adalah rumah keluarga kepada Wan Khairil Adli bin Mohd Yusoff, mantan Dato’ Johan Tua Tahu yang telah dipecat pada 28 November 2024. Telaga Undang telah ditutup pada 28 November 2024 bersaksikan ibu soko kepada Zainol Ariffin bin Ibrahim, mantan Dato’ Laksamana, Tua Waris Klana Hilir dan Buapak Hilir. Jadi, sebarang kenyataan yang keluar dari Telaga Undang adalah tidak sah.

Kami menegaskan sekali lagi,adalah dengan ini kami Dato’-Dato’ Lembaga Adat Sungei Ujong melafazkan taat setia sepenuhnya kepada YTM Dato’ Klana Petra Mubarak bin Thahak, sebagai YTM Undang Luak Sungei Ujong yang sah sehingga kini. Kami menasihatkan kepada semua agar urusan Luak Sungei Ujong dirujuk terus kepada Dato’-Dato’ Lembaga Adat Sungei Ujong yang sah agar tiada kekeliruan yang berlaku. Penama-penama yang telah dipecat tiada lagi sebarang kelayakan dalam menentukan aturan adat di Luak Sungei Ujong.

Sekian.

YM Dato’ Andulika Mandulika Sungei Ujong Tua Lembaga Waris di-Darat
YM Sazali bin Mohamed Yasin
Termaktub di Balai Undang Luak Sungei Ujong
5 Mei 2026.