artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Teknologi perlu perkukuh kesejahteraan insan, bukan hakis nilai kemanusiaan – Chang Lih Kang

Teknologi perlu perkukuh kesejahteraan insan, bukan hakis nilai kemanusiaan – Chang Lih Kang
Datuk Chang Lih Kang (tengah) ketika menyampaikan anugerah Inovasi Terunggul yang dimenangi oleh kumpulan Penjara Sungai Buloh pada majlis penutupan 2nd International Counselling and Wellness Innovation Competition 2026 (INNOCARE 2026) di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

TEKNOLOGI perlu dimanfaatkan sebagai alat untuk memperkukuh empati, memperluas akses kepada bantuan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat, bukannya menjauhkan manusia daripada nilai kemanusiaan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang.

Beliau berkata inovasi yang sebenar bukan sekadar menghasilkan teknologi baharu atau sistem digital yang canggih, sebaliknya perlu mampu menyelesaikan masalah manusia, meningkatkan kualiti hidup dan memberi manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat.

“Dalam bidang kaunseling dan kesejahteraan, teknologi mesti dipandu oleh nilai, etika, keselamatan, privasi, empati dan tanggungjawab sosial. Teknologi tidak harus dibangunkan hanya kerana ia canggih, tetapi kerana ia menjawab keperluan sebenar manusia,” katanya ketika merasmikan penutupan 2nd International Counselling and Wellness Innovation Competition 2026 (INNOCARE 2026) di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), hari ini.

Menurut beliau, tema pertandingan tahun ini, ‘Re-humanising Care in a Digital World: Innovation for Wellbeing, Equity, and Purpose’, amat bertepatan dengan cabaran dunia semasa yang menyaksikan teknologi semakin mempengaruhi cara manusia belajar, bekerja, berhubung dan mendapatkan sokongan.

Chang berkata tema tersebut membawa tiga mesej utama iaitu inovasi untuk kesejahteraan, inovasi untuk kesaksamaan dan inovasi yang mempunyai tujuan jelas dalam memenuhi keperluan masyarakat.

Beliau berkata setiap teknologi, modul, intervensi atau produk yang dibangunkan perlu membantu masyarakat mengurus tekanan, membina daya tahan, meningkatkan kesedaran diri serta mendapatkan sokongan secara lebih mudah dan selamat.

“Kemajuan teknologi juga tidak boleh mewujudkan jurang baharu, sebaliknya perlu membuka peluang kepada semua golongan termasuk pelajar, belia, pekerja, komuniti luar bandar, golongan B40, orang kurang upaya, warga emas dan kumpulan rentan.

Beliau turut menegaskan bahawa perkhidmatan kaunseling kini bukan lagi pilihan sampingan, sebaliknya menjadi keperluan sosial penting di sekolah, universiti, tempat kerja, komuniti dan ruang digital berikutan peningkatan cabaran berkaitan kesihatan mental,
tekanan hidup, ketagihan digital dan kesunyian sosial.

“Platform seperti INNOCARE 2026 memainkan peranan penting dalam menghimpunkan ahli akademik, kaunselor, penyelidik, pelajar dan profesional untuk berkongsi idea serta menghasilkan penyelesaian yang praktikal dan berimpak tinggi kepada masyarakat,” ujar beliau.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata INNOCARE 2026 menjadi platform strategik yang menyokong agenda negara dalam memperkukuh kesihatan mental, kesejahteraan emosi dan pembangunan insan yang mampan melalui penghasilan inovasi berteraskan kesejahteraan manusia.

Menurut beliau, pertandingan itu berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan termasuk pelajar sekolah, mahasiswa institusi pengajian tinggi, penyelidik dan profesional dengan 128 penyertaan inovasi diterima, manakala 86 inovasi berjaya mara ke peringkat akhir.

“Inovasi yang dihasilkan mempunyai potensi untuk diketengahkan ke peringkat nasional dan antarabangsa seperti International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX), Malaysia Technology Expo (MTE) dan Innovathon,” katanya.

Pada majlis sama, turut diadakan sesi penyampaian anugerah kepada para pemenang bagi mengiktiraf kecemerlangan inovasi dalam bidang kaunseling dan kesejahteraan. Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Inovasi Terunggul, Anugerah Inovasi Profesional, Anugerah Inovasi Pascasiswazah, Anugerah Bakat Inovasi Harapan, dan Anugerah Inovasi Belia. – MADANI NEWS