artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Asyraf dedah Puad ugut keluar UMNO jika anak tidak dipilih jadi calon

Asyraf dedah Puad ugut keluar UMNO jika anak tidak dipilih jadi calon

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan bahawa Datuk Mohd. Puad Zarkashi pernah mengugut untuk keluar parti dan menyerang kepimpinan UMNO sekiranya anaknya tidak dipilih sebagai calon bagi menggantikan beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut Asyraf, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu sebelum ini telah menghantar mesej panjang kepadanya yang mengandungi desakan supaya kepimpinan tertinggi parti mempertimbangkan pencalonan anaknya bagi kerusi berkenaan.

Katanya, Mohd. Puad turut memberi bayangan akan meninggalkan parti dan mengkritik UMNO secara terbuka sekiranya tuntutan tersebut tidak dipenuhi oleh kepimpinan parti.

“Beliau sendiri menulis kepada saya secara panjang lebar mengugut untuk keluar parti dan akan menghentam parti sekiranya kepimpinan tertinggi UMNO tidak mempertimbangkan anak beliau sebagai calon di DUN Rengit,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Bagaimanapun, Asyraf mengakui anak Mohd. Puad mempunyai potensi besar sebagai pemimpin muda, namun menegaskan bahawa pemilihan calon pilihan raya perlu mengambil kira pelbagai faktor dan tidak boleh dibuat semata-mata atas kehendak individu tertentu.

Beliau berkata, UMNO mempunyai proses penilaian tersendiri dalam menentukan calon yang mampu membawa kemenangan kepada parti selain diterima oleh akar umbi dan rakyat di kawasan yang diwakili.

Pada masa sama, Asyraf menolak dakwaan Mohd. Puad bahawa tindakannya meninggalkan UMNO berpunca daripada campur tangan pihak Istana dalam urusan parti di Johor sehingga membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 1 Jun lalu.

Menurut beliau, dakwaan tersebut bersifat fitnah dan dipercayai sengaja dibangkitkan bagi mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang berkaitan dengan kekecewaan terhadap keputusan pencalonan parti.

“UMNO bukan parti warisan anak-beranak yang mesti mengutamakan keluarga dan suku-sakat untuk menjadi pemimpin. Perjuangan UMNO jauh lebih besar daripada kepentingan peribadi, tuntutan keluarga atau rasa kecewa individu,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Johor sementara, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan Mohd. Zaidi Japar sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Rengit, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai siapa yang akan mewakili parti di kawasan berkenaan.

Terdahulu, Mohd. Puad mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta dengan alasan parti itu tidak lagi bebas membuat keputusan kerana didakwa berada di bawah pengaruh pihak Istana. Beliau juga mendakwa terdapat sesuatu yang tidak kena dalam proses pemilihan calon BN bagi PRN Johor kali ini.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata tindakan mengugut parti bukanlah perkara baharu bagi Mohd. Puad kerana beliau pernah melakukan perkara sama ketika era kepimpinan Datuk Seri Najib Razak apabila dikatakan mengancam untuk meninggalkan UMNO sekiranya tidak dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen Batu Pahat.

“Parti ini telah banyak berjasa, mengangkat dan memberi ruang kepada ramai pemimpin untuk berkhidmat serta membina nama. Maka amat tidak wajar apabila parti sendiri mahu diugut dan dihentam hanya kerana kehendak peribadi tidak dipenuhi. Bak kata pepatah Melayu, air susu dibalas air tuba, jasa dibalas dengan cerca, budi dibalas dengan ugutan,” katanya. – MADANI NEWS