artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

F1 kembali ke Sepang? Malaysia dijangka hos Grand Prix Bahrain Oktober ini

F1 kembali ke Sepang? Malaysia dijangka hos Grand Prix Bahrain Oktober ini

LITAR Antarabangsa Sepang berpotensi kembali menghangatkan arena Formula Satu (F1) dunia apabila Malaysia dijangka menjadi tuan rumah perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain yang dijadual berlangsung pada Oktober ini susulan konflik berterusan di Asia Barat.

Menurut laporan ESPN yang memetik sumber, perlumbaan GP Bahrain yang asalnya dijadualkan berlangsung pada April lalu terpaksa ditangguhkan bersama GP Arab Saudi berikutan perang di Iran yang menjejaskan kestabilan rantau berkenaan.

Bahrain sebelum ini merancang menjadualkan semula perlumbaan itu pada 4 Oktober, iaitu di antara GP Azerbaijan dan GP Singapura. Bagaimanapun, peningkatan konflik sejak beberapa minggu lalu menyebabkan cadangan tersebut tidak dapat direalisasikan.

Dalam perkembangan itu, Litar Antarabangsa Sepang dilaporkan tampil menawarkan diri sebagai venue alternatif bagi memastikan perlumbaan dapat diteruskan mengikut kalendar musim F1.

Apa yang menarik, walaupun perlumbaan dijangka berlangsung di Malaysia, semua kos penganjuran dikatakan akan ditanggung oleh Bahrain. Perlumbaan itu juga dijangka kekal menggunakan status Grand Prix Bahrain, namun nama rasmi acara berkenaan masih dalam perbincangan.

Sumber turut memaklumkan beberapa siri rundingan intensif telah diadakan sejak beberapa hari lalu melibatkan aspek kewangan, logistik serta penjenamaan perlumbaan sebelum keputusan dimuktamadkan.

Jika menjadi kenyataan, ia bakal menyaksikan Sepang kembali menjadi tuan rumah perlumbaan F1 buat kali pertama sejak kali terakhir menganjurkan Grand Prix Malaysia pada 1 Oktober 2017.

Sepang pernah dianggap antara litar kegemaran pemandu dan peminat Formula Satu kerana reka bentuk litarnya yang mencabar serta kemudahan bertaraf dunia sebelum digugurkan daripada kalendar perlumbaan bermula musim 2018.

Laporan itu turut menyebut pengumuman rasmi mengenai perkara berkenaan dijangka dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Konflik di Iran turut memaksa Formula Satu menilai semula keseluruhan baki jadual musim 2026 yang pada asalnya membabitkan 24 perlumbaan, termasuk empat perlumbaan di Asia Barat.

Mengikut perjanjian komersial F1 dengan 11 pasukan serta penyiar antarabangsa, jumlah perlumbaan semusim tidak boleh kurang daripada 22 pusingan. Justeru, sekiranya dua daripada empat perlumbaan di Asia Barat dibatalkan, F1 perlu mencari lokasi pengganti bagi memenuhi syarat tersebut.

Selain Malaysia, litar Imola di Itali dan Portimao di Portugal turut dilaporkan berada dalam senarai pertimbangan sebagai venue alternatif, dengan Imola kini dilihat sebagai pilihan utama untuk menjadi tuan rumah perlumbaan penutup musim, manakala Sepang dijangka menggantikan GP Bahrain sekiranya rancangan itu dimuktamadkan. – MADANI NEWS