artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Penemuan bangkai pesawat Pan Am cetus harapan temui pesawat MH370?

Penemuan bangkai pesawat Pan Am cetus harapan temui pesawat MH370?
Pesawat Pan American Airways (Pan Am) yang tenggelam di Lautan Atlantik pada 11 April 1952.

Russ Matthews (kiri) bersama anggota pasukan yang berjaya mengesan lokasi pesawat Pan Am di dasar lautan.

BANGKAI pesawat Penerbangan Amerika, Pan American Airways (Pan Am) yang hilang sejak 74 tahun lalu dijumpai dalam perut Lautan Atlantik pada kedalaman 610 meter di luar pantai Puerto Rico.

Penemuan tersebut diumumkan secara rasmi pada 21 Julai 2026 walau pun pesawat hilang itu sudah dikesan seawal 2 Jun 2026. Terungkailah misteri pesawat membawa 64 penumpang yang hilang sejak lebih tujuh dekad. Keajaiban berlaku dengan izin Allah.

Penemuan pesawat Pan Am mengimbau peristiwa dalam negara, melibatkan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS). Sudah 12 tahun berlalu sejak Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, ghaib ketika dalam penerbangan pada 8 Mac 2014.

Kehilangan pesawat itu jadi tanda tanya hingga kini. Nasib penumpang dan anak kapal tidak diketahui. Pelbagai teori meramalkan di mana pesawat berada. Ada ramalan pesawat dalam perut lautan. Juga ada ramalan pesawat di daratan di tempat tidak diketahui.

Tulisan ‘Pan Am’ masih jelas pada badan pesawat Pan Am walau pun lebih tujuh dekad tenggelam di dasar Lautan Atlantik dekat Puerto Rico.

Kehilangan MH370 dianggap misteri paling misteri dalam sejarah penerbangan dunia. Sekalipun pelbagai usaha dibuat untuk mencari, dengan tumpuan di dasar laut melibatkan belanja berjuta-juta ringgit, misteri belum terungkai.

Namun penemuan bangkai pesawat Pan Am bagai memberi harapan pesawat MAS juga akhirnya dapat dikesan. Cuma entah bila. Adakah selepas berpuluh tahun juga?

Andaian mengatakan MH370 terjunam ke dalam Lautan Hindi. Ada juga andaian mengatakan ia terjunam di perairan antara Malaysia dengan Vietnam. Namun pencarian mengguna peralatan canggih oleh pihak kerajaan dan swasta tidak menemui sebarang petunjuk.

Bangkai pesawat Pan Am Penerbangan 526 A, sebuah pesawat model Douglas DC-4 yang dinamakan ‘Clipper Endeavor’, ditemui di dasar Lautan Atlantik di luar pantai Puerto Rico. Puerto Rico ialah sebuah wilayah naungan Amerika.

Penemuan diumumkan oleh pasukan penyelidik gabungan Air/Sea Heritage Foundation, Deep Sea Vision dan siri Expedition Unknown (Discovery Channel). Mereka menggunakan dron bawah air dan teknologi sonar beresolusi tinggi untuk mengesan serpihan pesawat.

Pesawat ditemui dalam keadaan terbelah dua pada kedalaman 610 meter di dasar laut. Yang menarik logo Pan Am pada badan pesawat masih jelas walau pun sudah lebih tujuh dekad berada di dasar lautan.

Presiden Air/Sea Nahas Heritage, Russ Matthews memberitahu, pasukannya terkejut dan terharu dengan penemuan itu yang dianggap sebagai peristiwa bersejarah.

Kemalangan pesawat Pan Am berlaku pada 11 April 1952 ketika dalam penerbangan dari San Juan, Puerto Rico ke New York. Ia membawa 64 penumpang dan lima anak kapal.

Tidak lama selepas berlepas, pesawat mengalami kegagalan dua enjin. Kerana itu juruterbang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di atas permukaan laut.

Juruterbang pesawat malang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Semua penumpang dan anak kapal selamat ketika pesawat melakukan pendaratan. Namun susana jadi cemas dan kelam kabut apabila pesawat mula tenggelam dengan pantas.

Dalam keadaan gelap dan panik, ramai penumpang sukar mencari jaket keselamatan dan rakit penyelamat yang diperlukan untuk terus bertahan di laut. Hanya 17 orang berjaya diselamatkan manakala 52 orang terkorban.

Rentetan penemuan bangkai pesawat bermula pada 2 Jun 2026. Dron bawah air autonomi (AUV) dilengkapi solar beresolusi tinggi berjaya merakam imej imbasan sonar struktur pesawat tersebut.

Susulan itu, pasukan mencari menghantar kamera bawah air untuk mengambil ribuan foto resolusi tinggi bagi mengesahkan identiti bangkai. Pada 21 Julai 2026 pengumuman rasmi penemuan dibuat kepada media dan masyarakat antarabangsa.

Tragedi ini menyaksikan perubahan besar dalam peraturan keselamatan penerbangan moden. Syarikat penerbangan diwajib menyediakan taklimat keselamatan sebelum penerbangan. Ini untuk memastikan penumpang tahu lokasi pintu kecemasan, jaket keselamatan dan cara penggunaan.

Sekurang-kurangnya dalam insiden pesawat Pan Am ini dapat diketahui nasib mangsa, yang selamat dan terkorban. Namun bagi MH370, langsung tidak diketahui nasib penumpang dan anak kapal, dan nasib pesawat itu sendiri.

Untuk rekod, pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014. Pesawat dijadual tiba di Beijing pukul 6.30 pagi. Juterbang ialah Kapten Zaharie Ahmad Shah, berusia 53 tahun ketika kejadian. Pembantu juruterbang (co-pilot) Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid.

Pesawat terputus hubungan pada pukul 1.21 pagi semasa berada di ruang udara Laut China Selatan di antara sempadan kawalan trafik udara Malaysia dan Vietnam. Sejak itu kehilangannya jadi misteri hingga kini.

Usaha pencarian yang dijalankan merupakan operasi terbesar dan termahal dalam sejarah penerbangan dunia. Pada 2014, pencarian membabitkan 26 negara. Lebih 65 pesawat dan 95 kapal serta kapal selam dikerahkan di peringkat awal meliputi laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan selatan Lautan Hindi.

Antara 2014–2017 pencarian Fasa Dasar Laut dijalankan, diterajui kerjasama Malaysia, Australia dan China. Ia menyelusuri dasar laut seluas 120,000 km persegi di selatan Lautan Hindi mengggunakan pemetaan sonar canggih. Operasi dihentikan pada Januari 2017 selepas bangkai tidak ditemui.

Selepas itu, fasa swasta pula dijalankan. Syarikat pencarian dasar laut Ocean Infinity meneruskan pencarian meliputi kawasan tambahan seluas 112,000 km persegi pada 2018. Konsepnya ‘tiada bayaran jika gagal ditemui’. Kerajaan Malaysia tidak perlu membayar jika pesawat tidak ditemui.

Keseluruhan kos pencarian MH370 peringkat antarabangsa, terutama melibatkan Malaysia, Australia dan China, dianggar antara RM600 juta hingga RM800 juta secara keseluruhan. Sehingga tamat pencarian fasa pertama Malaysia membelanjakan RM456 juta bagi kos operasi pencarian dan siasatan rasmi.

Perbelanjaan mencari MH370 mengatasi rekod kos carian pesawat Air France AF447 (2009) yang sebelum itu memegang rekod perbelanjaan pencarian penerbangan tertinggi.

Namun sayang tiada sebarang natijah konkrit dicapai. Seluruh dunia masih menanti jawapan. Mungkinkah penemuan pesawat Pan Am membuahkan harapan baharu kepada pencarian dan penemuan MH370?

Mungkinkah teknologi dan kaedah pencarian yang diguna dalam mengesan pesawat Pan Am boleh digunakan untuk mencari MH370? Mana tahu ia membuahkan hasil dan misteri MH370 dapat dirungkai. – MADANI NEWS