artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Setelah didesak mengotakan janji, Loke letak jawatan susulan pengampunan Najib

Setelah didesak mengotakan janji, Loke letak jawatan susulan pengampunan Najib

SETIAUSAHA Agung DAP Anthony Loke akan meletakkan jawatan sebagai menteri pengangkutan sebagai reaksi terhadap pengampunan bersyarat kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung selama tiga jam di ibu pejabat parti itu di ibu negara hari ini.

Loke berkata, DAP bagaimanapun menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong berhubung pengampunan yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

“Kita capai satu keputusan saya tawarkan diri saya untuk meletakkan jawatan sebagai menteri pengangkutan.

“Ahli-ahli jemaah menteri (DAP) yang lain akan kekal berada dalam kerajaan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat.

Loke dan beberapa pemimpin DAP sebelum in pernah menyatakan akan meletak jawatan jika Najib dibebaskan.

Semalam, Najib mendapat pengampunan bersyarat untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Perkara itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim susulan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Bekas presiden Umno itu akan menjalani tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, sekiranya dia membayar denda RM50 juta.

“Beliau hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara,” menurut kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Loke berkata hanya dia menawarkan diri untuk meletakkan jawatan bagi memastikan kerajaan dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim kekal stabil.

Katanya, jika semua anggota jemaah menteri dari DAP meletakkan jawatan ia memberi ruang kepada kerajaan tumbang seperti diharapkan pihak lawan.

Tambah Loke, dia akan memaklumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan kepada perdana menteri dan akan mengambil masa bagi menyelesaikan beberapa kerjanya di kementerian berkenaan.

“Walaupun mereka (anggota kabinet dari DAP) juga sedia walau pada mana-mana waktu, apa-apa ketika, CEC buat keputusan mereka kekal untuk pastikan kerajaan stabil.

“Pendirian DAP diterjemahkan dengan peletakan jawatan saya sebagai menteri,” tambahnya lagi.

Bercakap mengenai pengampunan Najib, Loke berkata belum pernah mana-mana individu yang terbabit dengan jenayah rasuah diletakkan di bawah tahanan rumah.

“Namun begitu kita hormati kuasa Agong,” tambahnya lagi.

Semalam, Peguam Negara Dusuki Mokhtar menyatakan bahawa pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Najib hanya terpakai bagi hukuman penjara yang dikenakan dalam kes SRC International.

Penjelasan Dusuki itu bermakna Najib mungkin perlu kembali ke penjara memandangkan dia masih berdepan dengan beberapa kes jenayah lain di mahkamah.

Ini termasuk hukuman penjara 15 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu selepas dia didapati bersalah atas 25 pertuduhan dalam kes 1MDB yang berasingan.

Mahkamah turut memerintahkan Najib membayar denda sebanyak RM11.38 bilion. Najib sedang mengemukakan rayuan terhadap sabitan kesalahan tersebut.