artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

“Bukan soal bendera, ini soal kita bernafas” – Syed Saddiq balas kritikan bekas menteri Indonesia

“Bukan soal bendera, ini soal kita bernafas” – Syed Saddiq balas kritikan bekas menteri Indonesia

– Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan isu jerebu rentas sempadan bukan pertelingkahan antara Malaysia dan Indonesia, sebaliknya berkaitan hak rakyat kedua-dua negara untuk menikmati udara bersih.

Beliau berkata, tindakan terhadap mana-mana syarikat yang terbukti menyebabkan pencemaran perlu diambil tanpa mengira negara asal atau pemilikan syarikat berkenaan.

“Bapak, ini bukan soal Malaysia lawan Indonesia. Bendera kita berbeza, tapi bila sesak nafas, deritanya sama,” katanya menerusi perkongsian video di media sosial.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons terhadap kritikan bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi, yang menyelar gesaan Syed Saddiq supaya ASEAN memulaukan Indonesia susulan isu jerebu yang berulang.

Syed Saddiq berkata, beliau tidak akan melindungi syarikat Malaysia sekiranya terdapat bukti penglibatan mereka dalam pencemaran alam sekitar.

“Kalau ada bukti, hukum. Saya tidak akan menjadi pelindung pencemar walaupun dari negara saya sendiri,” katanya.

Beliau turut menegaskan syarikat yang beroperasi di Indonesia tertakluk kepada undang-undang negara itu, justeru pihak berkuasa Indonesia mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Katanya, beliau sendiri sudah mendesak tindakan diambil terhadap syarikat Malaysia yang terbukti terbabit dalam isu berkenaan ketika berucap di Dewan Rakyat.

Mengulas dakwaan membabitkan syarikat perladangan SG Guthrie, Syed Saddiq berkata, setakat ini tiada bukti yang menunjukkan syarikat itu menjadi pencetus kebakaran.

Beliau mendakwa syarikat berkenaan mempunyai 67 pasukan dengan lebih 1,000 anggota terlatih, selain menggunakan dron dan teknologi inframerah bagi menangani isu pencemaran, dengan perbelanjaan melebihi RM800,000 sebulan.

Syed Saddiq turut mempersoalkan penggunaan laporan Greenpeace oleh Lutfi, khususnya berkaitan jumlah titik sumber asap yang direkodkan di kawasan konsesi syarikat perladangan.

Menurutnya, laporan berkenaan merekodkan 19 titik sumber asap di konsesi Kuala Lumpur Kepong (KLK), berbanding 6,811 titik lain yang turut direkodkan.

“Jangan lantang terhadap satu nama kemudian senyap terhadap yang lain,” katanya, sambil menegaskan siasatan perlu meliputi semua pihak yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Saddiq mendakwa tawaran Malaysia untuk membantu memadamkan kebakaran hutan di Indonesia, termasuk menyediakan pesawat, tiga helikopter dan anggota, tidak mendapat maklum balas daripada pihak berkuasa negara itu.

Beliau berkata, isu jerebu sepatutnya menyatukan negara serantau dalam usaha melindungi kesihatan rakyat, bukannya dijadikan pertikaian berasaskan kewarganegaraan.

“Apabila hutan dibakar untuk keuntungan, untung masuk ke akaun syarikat, asap masuk paru-paru rakyat.

“Jerebu tidak memilih mangsa. Ia tidak membezakan warna kulit, agama atau kewarganegaraan,” katanya.

Terdahulu, Lutfi dilaporkan berkata isu jerebu tidak seharusnya dijadikan peluang untuk meraih publisiti politik, sebaliknya memerlukan simpati terhadap anggota bomba Indonesia yang terkorban ketika memadamkan kebakaran.

Beliau turut menegaskan syarikat Malaysia yang mengendalikan ladang di Indonesia perlu memikul tanggungjawab terhadap krisis berkenaan. – MADANI NEWS