artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Armada Sabah persoal SPRM: Tujuh bulan belum cukup siasat skandal rasuah di negeri itu? | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Armada Sabah persoal SPRM: Tujuh bulan belum cukup siasat skandal rasuah di negeri itu?

Armada Sabah persoal SPRM: Tujuh bulan belum cukup siasat skandal rasuah di negeri itu?

KETUA Pemuda Bersatu (Armada) Sabah, Mohammad Hisyam Hazaril, mempersoalkan kelewatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyempurnakan siasatan berhubung skandal rasuah membabitkan lesen penerokaan mineral di negeri itu.

Menurut Hisyam, meskipun pendedahan skandal itu telah dibuat lebih tujuh bulan lalu, tiada sebarang pendakwaan dikemukakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat sehingga ke hari ini.

“Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki baru-baru ini menyatakan bahawa siasatan semula masih berjalan. Beliau memaklumkan siasatan terhadap 10 video telah selesai, namun kertas siasatan hanya dijangka siap dalam tempoh sebulan setengah lagi. Persoalannya, mengapa masih perlu masa tambahan?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hisyam turut menzahirkan keraguan terhadap keperluan melanjutkan tempoh siasatan memandangkan SPRM telah memanggil puluhan saksi dan merakamkan keterangan mereka.

“Adakah tujuh bulan belum cukup untuk menyempurnakan siasatan? Apakah yang menghalang SPRM daripada membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan?” soalnya memetik laporan Malaysiakini.

Beliau turut membangkitkan kenyataan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee, yang sebelum ini mendakwa bahawa siasatan terhadap pemimpin pembangkang dijalankan secara “supersonik”, berbanding kes melibatkan pemimpin kerajaan yang seolah-olah digantung tanpa penghujung.

“Ini menimbulkan persoalan serius mengenai keadilan yang seharusnya bersifat adil dan saksama,” tegas Hisyam.

Mengulas lanjut, beliau berkata pemberi maklumat utama dalam kes itu telah tampil secara terbuka mengaku memberi rasuah jutaan ringgit kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah, selain menyerahkan pelbagai bukti kepada SPRM seperti video, rekod kewangan, tangkap layar WhatsApp dan dokumen sokongan lain.

“Namun sehingga kini, tiada sebarang pertuduhan dibuat. SPRM telah rakam kenyataan puluhan saksi, jadi apa lagi yang mahu disiasat?” katanya.

Tambah mencurigakan, menurut Hisyam, tempoh siasatan yang dijangka berakhir pada Julai ini bertepatan dengan spekulasi berhubung kemungkinan pembubaran DUN Sabah.

“Kebetulan atau perancangan rapi? Rakyat Sabah sedang memerhati dengan penuh curiga. Adakah Adun-Adun terlibat akan tunduk demi kelangsungan politik masing-masing?

“Adakah kelewatan ini disebabkan oleh campur tangan politik? Atau adakah isu ini sengaja dibiarkan tergantung sebagai umpan untuk mencorakkan gabungan politik baharu di Sabah?” soal beliau lagi.

Tegasnya, rakyat menuntut ketelusan dan keadilan yang tuntas, bukan sekadar sandiwara politik demi kepentingan individu atau kumpulan tertentu.

Untuk rekod, pada 3 Disember tahun lalu, seorang pemberi maklumat mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan beberapa Adun Sabah dalam perbincangan mengenai pemulangan wang sogokan yang diterima sebagai balasan menyokong permohonan lesen penerokaan lombong.

Sehari selepas pendedahan itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menolak dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai usaha menggugat kestabilan kerajaan negeri serta mencemarkan reputasinya.

MADANI NEWS
KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews