Fasha Sandha Terbang ke Bali Raikan Perkahwinan Luna Maya, Doakan Cepat Hamil

PELAKON terkenal, Fasha Sandha sanggup terbang ke Bali semata-mata untuk meraikan hari bahagia sahabatnya, Luna Maya yang selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier pada Rabu.
Menurut Fasha, meskipun jarang bertemu sejak 2001, hubungan mereka kekal erat melalui komunikasi dalam talian. Fasha meluahkan rasa syukur melihat sahabat lamanya akhirnya bertemu jodoh.
“Saya gembira Luna akhirnya bertemu soulmate. Terima kasih kerana mengundang saya ke majlis yang sangat indah ini,” tulis Fasha di Instagram miliknya.
Tambah Fasha, Luna sering meluahkan keinginan untuk berkahwin dan memiliki cahaya mata. Kini setelah bergelar isteri, Luna memohon doa agar dikurniakan zuriat secepat mungkin.
“Luna kata impian seterusnya adalah untuk hamil segera. Jom kita semua doakan Luna cepat dapat bayi,” ujar Fasha.
Luna Maya dinikahkan oleh abang kandungnya, Tipi Jabrik, dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat. Majlis itu turut disiarkan secara langsung di YouTube Luna Maya.
Hubungan Luna dan Maxime mula menjadi perhatian sejak 2023, dan Maxime melamar Luna sewaktu mereka bercuti di Jepun, April lalu.
- MADANI NEWS