Skandal rasuah ADUN Sabah: 2 individu akan dituduh – Azam Baki

SEKURANG-KURANGNYA dua individu akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat berhubung klip video didakwa skandal rasuah melibatkan beberapa ADUN Sabah berhubung isu perlesenan lombong mineral.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu dalam sidang media selepas satu program hari ini.
“Saya akan umum dalam masa terdekat akan ada satu atau dua akan individu dituduh di mahkamah.
“Boleh jadi akan dituduh dulu dan saya akan buat kenyataan kemudian,” katanya, lapor FMT
Pada 6 Jun lalu, Azam mengesahkan SPRM melengkapkan kertas siasatan kes terbabit yang telah dihantar ke pihak pendakwaan.
Sebelum ini, tular beberapa rakaman video yang didakwa menunjukkan perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berhubung isu pelesenan mineral di negeri itu.
SPRM sebelum ini memaklumkan telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu dan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk analisis forensik digital terhadap bahan bukti berkenaan.
MADANI NEWS
KRITIS | INTEGRITI | RELEVAN
Ikuti media sosial kami di https://linktr.ee/madaninews