artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Akhirnya janji ditepati, Anwar umum harga RON95 akan turun | Madani News

Akhirnya janji ditepati, Anwar umum harga RON95 akan turun

Akhirnya janji ditepati, Anwar umum harga RON95 akan turun
RASIONALISASI minyak petrol RON95 akan dilaksanakan tidak lama lagi.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan harga RON95 akan diturunkan susulan rancangan penyasaran subsidi bahan api itu, sekali gus memberi jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas.

“Apabila penyasaran subsidi RON95 dilaksanakan nanti, rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 lebih rendah iaitu RM1.99 seliter.

“Ini tentunya beri manfaat kepada kira-kira 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig,” kata beliau kata beliau ketika mengumumkan Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi saluran media utama di Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga kekal dengan rancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September 2025.

Perdana Menteri berkata bagi 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahun.

“Walaupun harga minyak dunia pada tahun ini mengalami penyusutan, harga petrol RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter, jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi untuk rakyat.

“Pada masa yang sama, warganegara asing perlu membayar pada harga pasaran tanpa subsidi,” kata beliau.

Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan komited untuk menyasarkan perbelanjaan subsidi negara dengan rakyat biasa kekal menikmati subsidi sementara usaha menangani ketirisan kepada mereka yang tidak layak.

Mengambil contoh penstrukturan semula tarif elektrik yang berkuat kuasa mulai Julai 2025, Perdana Menteri berkata ada pihak tidak bertanggungjawab mendakwa bil elektrik rakyat naik susulan langkah itu.

Bagaimanapun, beliau berkata hakikatnya, 85 peratus pengguna domestik menikmati penurunan bil elektrik bagi Julai 2025 untuk penggunaan sama berbanding separuh tahun pertama 2025 iaitu sehingga 14 peratus.

“Pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat dan mengurangkan pembaziran subsidi,” kata beliau. – BERNAMA