artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Hanya 1.6 juta rakyat Malaysia manfaatkan saringan asas kesihatan PeKa B40 | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Hanya 1.6 juta rakyat Malaysia manfaatkan saringan asas kesihatan PeKa B40

Hanya 1.6 juta rakyat Malaysia manfaatkan saringan asas kesihatan PeKa B40

HANYA 1.6 juta rakyat Malaysia daripada kumpulan B40 memanfaatkan saringan kesihatan percuma menerusi Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) setakat 31 Mei lalu.

Skim yang diperkenalkan sejak 2019 itu menawarkan pemeriksaan kesihatan menyeluruh kepada 6.9 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dengan komitmen berterusan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan pencegahan awal dalam kalangan masyarakat.

Ketua Jabatan Jaminan Kualiti ProtectHealth Corporation, Dr Muhammed Anis Abd Wahab, berkata PeKa B40 menawarkan saringan asas percuma termasuk pemeriksaan fizikal, ujian darah dan air kencing serta dua sesi konsultasi dengan doktor.

Beliau berkata, kadar penggunaan yang rendah itu menunjukkan budaya pencegahan masih belum diamalkan majoriti rakyat Malaysia terutama dalam kalangan kelompok berpendapatan rendah.

“Antara faktor dikenal pasti menyebabkan keadaan ini seperti kekangan masa, keutamaan terhadap pekerjaan harian, kebimbangan terhadap kos rawatan dan persepsi ‘lebih baik tidak tahu daripada tahu diri sedang sakit.’

“Ketika sesi libat urus dan program ‘outreach’, ramai penerima mengakui mereka sedar kepentingan pemeriksaan kesihatan, tetapi lebih memilih tidak tahu status kesihatan sendiri kerana bimbang menghidapi penyakit serius dan terpaksa menanggung kos rawatan,” katanya.

ProtectHealth adalah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) yang ditubuhkan pada 19 Disember 2016, bertanggungjawab menyelaras, mentadbir dan mengurus pelbagai inisiatif pembiayaan perkhidmatan penjagaan kesihatan diamanahkan oleh KKM termasuk PeKa B40, Skim Perubatan MADANI dan Program Penyumberluaran Perkhidmatan Hospital (HSOP).

Dr Muhammed Anis berkata, kebanyakan pesakit yang akhirnya mendapat rawatan di hospital sudah berada pada tahap kritikal, sedangkan keadaan itu boleh dielak melalui pencegahan awal termasuk pemeriksaan kesihatan berkala.

Beliau berkata, penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi antara penyumbang utama kematian dan ketidakupayaan di Malaysia, namun kebanyakan pesakit hanya menyedari penyakit mereka apabila sudah berada pada peringkat serius.

Katanya, berdasarkan kajian bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2017, NCD seperti diabetes dan hipertensi mengakibatkan kerugian kepada ekonomi negara antara RM100 hingga RM300 bilion setahun.

“Hakikatnya di sinilah kita lihat beban terhadap ekonomi, kita kehilangan produktiviti akibat penyakit NCD, individu terbabit tidak dapat hadir bekerja, atau hadir tetapi tidak produktif disebabkan keadaan kesihatan lemah, situasi dikenali sebagai ‘absenteeism’ dan ‘presenteeism’.

“Situasi ini dianggarkan menyumbang kepada kerugian RM12.8 bilion kepada ekonomi negara, sedangkan jumlah itu sepatutnya boleh menyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Dr Muhammed Anis berkata, ProtectHealth melaksanakan pelbagai pendekatan di peringkat komuniti termasuk bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), klinik swasta dan pemimpin tempatan bagi meluaskan capaian kesihatan kepada rakyat, terutama ya mereka yang berisiko tinggi seperti berat berlebihan dan kurang aktif.

Beliau berkata, PeKa B40 bukan sekadar program kerajaan, tetapi satu usaha nasional untuk menyelamatkan rakyat Malaysia daripada krisis kesihatan senyap yang kian membarah.

Katanya, bagi individu yang layak menjalani saringan inisiatif PeKa B40, kelayakan itu membolehkan mereka menerima manfaat lain seperti Insentif Bantuan Alat Perubatan, Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser dan Insentif Tambang Pengangkutan. – BERNAMA