Lebih 2.14 juta pekerja asing kini di Malaysia, Bangladesh paling ramai | Madani News

Lebih 2.14 juta pekerja asing kini di Malaysia, Bangladesh paling ramai

Lebih 2.14 juta pekerja asing kini di Malaysia, Bangladesh paling ramai
SEKTOR pembinaan paling ramai melibatkan pekerja asing.

MALAYSIA kini menempatkan lebih 2.14 juta pekerja asing yang datang dari 15 negara sumber, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Beliau berkata, Bangladesh mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 803,322 pekerja, diikuti Indonesia (543,514) dan Nepal (332,712).

“Selain itu, pekerja dari Myanmar berjumlah 173,630 orang, India (106,929), Pakistan (76,011), Filipina (52,340), Thailand (21,822), Vietnam (16,614) dan Sri Lanka (5,938),” katanya.

Turut menyumbang ialah Kemboja (5,655), China (4,796), Laos (1,491), Uzbekistan (12) dan Kazakhstan (3).

Sim menjawab soalan Ismail Abdul Muttalib (PN-Maran) di Dewan Rakyat mengenai jumlah pekerja asing dan pendatang tanpa izin di negara ini. – MADANI NEWS