Pesawat F/A-18D Hornet TUDM terlibat kemalangan di Kuantan

SEBUAH pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dalam kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan, hari ini.
Dalam satu kenyataan TUDM memaklumkan insiden kemalangan melibatkan pesawat itu berlaku pada jam 9.05 malam di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah.

“TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut. Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih,” kata kenyataan itu, lapor Sinar Harian.
Terdahulu, dua video tular memaparkan kepulan cahaya menjulang serta asap tebal yang dipercayai dirakam penduduk berhampiran lokasi kejadian. – MADANI NEWS