Polis buru pemilik nombor telefon hantar ugutan kepada isteri Rafizi | Madani News

Polis buru pemilik nombor telefon hantar ugutan kepada isteri Rafizi

Polis buru pemilik nombor telefon hantar ugutan kepada isteri Rafizi

POLIS sedang mengesan pemilik nombor telefon yang menghantar mesej ugutan terhadap isteri bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli selepas anaknya diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Putrajaya, Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata mereka sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengesan pemilik nombor telefon terbabit.

Katanya, isteri Ahli Parlimen Pandan itu juga sudah membuat laporan polis dan kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

“Kita juga sudah merakam keterangan doktor yang merawat anaknya bagi membantu siasatan,” katanya, menurut Harian Metro.

Rafizi sebelum ini mendakwa serangan terhadap anaknya dipercayai ada kaitan dengan ‘siasatan’ sedang dijalankannya berhubung sebuah skandal.

Menurutnya, beliau ada menerima maklumat daripada sekumpulan pemberi maklumat berkenaan skandal terbabit dan percaya pihak terbabit cuba memberi tekanan supaya siasatan itu dihentikan.

Beliau turut mendakwa pihak terbabit cuba mengugut isterinya yang menerima mesej daripada nombor tidak dikenali.

Media turut melaporkan polis setakat ini sudah merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes serangan itu. – MADANI NEWS