Wakil rakyat Pendang digantung lagi, kali ini kerana cabar MP bertumbuk di luar Parlimen | Madani News

Wakil rakyat Pendang digantung lagi, kali ini kerana cabar MP bertumbuk di luar Parlimen

Wakil rakyat Pendang digantung lagi, kali ini kerana cabar MP bertumbuk di luar Parlimen

AHLI Parlimen Pendang mewakili PAS, Datuk Awang Hashim yang pernah digantung Dewan Rakyat beberapa kali ini sebelum ini hari ini digantung kehadiran selama 10 hari, susulan isu mencabar Ahli Parlimen lain bertumbuk di luar Parlimen, minggu lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, ketika membuat keputusan itu berkata arahan berkenaan berkuatkuasa bermula hari ini, dan ia diputuskan mengikut peraturan Mesyuarat 42 (2).

“Ini keputusan saya bahawa mengikut peraturan mesyuarat 42 (2), saya memerintahkan Pendang untuk keluar dari Dewan selama 10 hari mulai hari ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, Johari turut memberi amaran supaya Ahli Parlimen tidak lagi menyebut bahawa PAS adalah Parti Ajaran Sesat selain melabel mana-mana Yang Berhormat sebagai kafir, di dalam Dewan Rakyat.

Awang pernah digantung Dewan Rakyat beberapa kali ini sebelum ini dan terbaru adalah pada 5 Disember lepas digantung 10 hari oleh Johari Abdul kerana didakwa mengeluarkan komen negatif terhadap Speaker Dewan itu melalui video di aplikasi Tiktok. – MADANI NEWS