Terbuka Hong Kong: Wan Arif-Roy King kejutkan beregu Denmark | Madani News

Terbuka Hong Kong: Wan Arif-Roy King kejutkan beregu Denmark

Terbuka Hong Kong: Wan Arif-Roy King kejutkan beregu Denmark

BEREGU lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King, menghadirkan kejutan di Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong apabila menyingkirkan pilihan ketiga, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark pada pusingan pertama di Hong Kong Coliseum, hari ini.

Pasangan ranking ke-20 dunia itu mempamerkan aksi bertenaga sebelum menumpaskan gandingan nombor empat dunia berkenaan dengan kemenangan straight set 21-19, 23-21 dalam masa 42 minit.

Pada pusingan kedua Khamis ini, Wan Arif-Roy King bakal menentang sama ada rakan senegara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri, atau beregu veteran Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang, bagi memburu tempat ke suku akhir.

Sementara itu, naib juara Kejohanan Dunia 2025, Pearly Tan-M. Thinaah, turut mara ke pusingan kedua selepas mudah menewaskan wakil tuan rumah, Chu Wing Chi-Yu Yi Kiu, 21-9, 21-9 dalam masa hanya 25 minit.

Beregu wanita negara itu seterusnya akan berdepan sama ada pasangan China, Chen Qing Chen-Keng Shu Liang, atau gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilyssa Trias Puspitasari, untuk memburu slot ke suku akhir.

Dalam aksi lain, beberapa wakil Malaysia turut melangkah ke pusingan seterusnya:

  • Man Wei Chong-Tee Kai Wun mn Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong 21-19, 21-12
  • Goh Pei Kee-Teoh Mei Xing mn Fan Ka Yan-Yau Mau Ying (HKG) 21-15, 17-21, 21-12
  • Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mn Xie Haonan-Zeng Wei Han 21-12, 11-21, 21-19

BERNAMA