artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Allianz Life perkasa lebih 3,000 ahli Allianz Life Changers untuk tawar perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Allianz Life perkasa lebih 3,000 ahli Allianz Life Changers untuk tawar perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan

Allianz Life perkasa lebih 3,000 ahli Allianz Life Changers untuk tawar perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan
Raymond Cheah berkongsi strategi utama untuk memacu prestasi dan membina kepercayaan pelanggan menjelang akhir tahun

ALLIANZ Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) berjaya menamatkan siri Action Group Seminar & Recognition (AGSR) 2025, sebuah program utama yang mengukuhkan komitmen syarikat dalam penyampaian perkhidmatan cemerlang melalui pembangunan strategik agensi dan tenaga kerja berkualiti tinggi.

Pada tahun ini, Allianz Life menganjurkan tiga siri AGSR – dua daripadanya berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, manakala satu lagi dianjurkan di luar negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Hat Yai, Thailand. Kesemua acara ini menghimpunkan lebih 3,000 ahli Allianz Life Changers dan tetamu, membuktikan kesungguhan syarikat dalam membina rangkaian agensi yang kukuh, bermotivasi dan bersedia menghadapi masa hadapan.

AHLI-AHLI Allianz Life Changers berhimpun di AGSR ke-63 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Jualan Allianz Life, Raymond Cheah, menegaskan kepentingan membina kepercayaan pelanggan sebagai teras perniagaan syarikat.

“Perniagaan kami berteraskan perlindungan. Pelanggan mempercayakan kami untuk melindungi apa yang paling bernilai buat mereka. Kepercayaan ini dibina melalui konsistensi, profesionalisme dan empati. Sebab itu pembangunan tenaga agensi merupakan keutamaan kami. Dengan membekalkan Allianz Life Changers dengan kemahiran dan pemikiran yang betul, kami membina asas keyakinan dan kebolehpercayaan yang boleh diharapkan oleh pelanggan.”

Siri AGSR berperanan sebagai platform meraikan kejayaan ejen berprestasi tinggi, di samping menyediakan peluang pembangunan profesional melalui sesi ucaptama, panel industri dan majlis pengiktirafan. Inisiatif ini memperkukuhkan budaya prestasi, kebolehsuaian dan penambahbaikan berterusan — kualiti penting yang diterjemahkan kepada perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.

Seminar tersebut turut menampilkan pengisian futuristik berkaitan kepimpinan, inovasi dan trend pasaran, sekali gus memperlengkapkan ejen dengan kemahiran untuk terus maju dalam industri insurans yang berkembang pesat. Peningkatan kompetensi ini memastikan Allianz Life Changers mampu menyediakan penyelesaian khusus yang memenuhi keperluan pelanggan di setiap peringkat kehidupan.

“Setiap peluang pembelajaran ialah satu langkah ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami. Dengan memperkasakan ejen melalui pengetahuan dan kemahiran yang tepat, kami sedang membentuk komuniti profesional yang mampu membawa perubahan sebenar dalam kehidupan orang ramai,” tambah Cheah.

Tonggak utama strategi pembangunan agensi Allianz Life ialah Allianz C.E.O. Programme, sebuah inisiatif 24 bulan yang berstruktur untuk mempercepatkan perkembangan individu berpotensi tinggi ke peranan kepimpinan agensi. Program ini menunjukkan komitmen jangka panjang syarikat dalam membina tenaga agensi profesional dan berfokuskan pelanggan.

Dengan pelaburan berterusan dalam pembangunan bakat serta strategi yang berpaksikan pelanggan, Allianz Life berada pada landasan kukuh untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang, sambil menerajui pertumbuhan mapan pada tahun-tahun mendatang. – MADANI NEWS