artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Skandal FAM-FIFA: PM Anwar sifatkan ia isu besar, tidak akan melindungi pihak terlibat | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Skandal FAM-FIFA: PM Anwar sifatkan ia isu besar, tidak akan melindungi pihak terlibat

Skandal FAM-FIFA: PM Anwar sifatkan ia isu besar, tidak akan melindungi pihak terlibat
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tiba di Pangkalan Udara Waterkloof, Johannesburg, memulakan lawatan rasmi ke Republik Afrik Selatan. 20 November 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri.

JOHANNESBURG — Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang usaha menutup skandal membabitkan pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sambil menyifatkan perkara itu sebagai isu besar yang mesti ditangani mengikut prosedur sewajarnya.

Perdana Menteri berkata Kabinet telah membincangkan isu itu dan memutuskan tidak seharusnya ada sebarang usaha melindunginya.

“Teruskan dan siasat. Itu telah menjadi arahan. Namun begitu, prosesnya mesti berjalan. Kta tidak membuat keputusan bertindak semata-mata berdasarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA),” katanya kepada media Malaysia dalam penerbangan Malaysia Airlines menuju ke Afrika Selatan dari Ethiopia pada Khamis.

Anwar berkata kerajaan tidak mempersoalkan kredibiliti FIFA dan bersetuju dengan pendirian yang diambil oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

“Kita langsung tidak mempersoalkan kredibiliti FIFA. Pendirian Hannah betul. Biarkan FAM mempertahankan diri terlebih dahulu. Di pihak kementerian, cara tindakan jelas, ikut peraturan dan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata persoalan berkaitan mesti diteliti, terutamanya sama ada proses dokumentasi di luar negara telah dijalankan dengan betul.

“Soalan penting ialah sama ada ia melalui proses dokumentasi di Sepanyol sebelum diluluskan. Namun, perkara itu tidak pernah dilakukan sebelum ini,” katanya.

Anwar mengakui orang ramai tidak sabar, tetapi menegaskan prosedur yang betul mesti dihormati.

“Ia di luar kawalan kita. Tiada yang boleh dilakukan. Kita mesti membenarkan FAM mempertahankan diri dan membiarkan proses berjalan,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan tegas akan diambil jika FAM didapati bersalah, Anwar menegaskan ia tidak timbul keraguan, tetapi tindakan tidak boleh didahului.

“Ya, tindakan tegas mesti diambil. Kabinet telah membincangkannya, tetapi kita mesti melalui proses yang ditetapkan. Ia keputusan berat bagi FAM,” katanya.

Perdana Menteri menekankan kepentingan memupuk bakat tempatan, tetapi prosesnya mengambil masa walaupun usaha sedang dijalankan.

Anwar menamatkan lawatan tiga hari ke Addis Ababa, Ethiopia pada 20 Nov dan bertolak ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi menghadiri Sidang Kemuncak G20. Beliau juga akan mengadakan lawatan rasmi ke Nairobi, Kenya dari 23 hingga 24 Nov sebelum pulang ke tanah air.

Pada 3 Nov lepas, FIFA menolak rayuan FAM dan tujuh pemain terbabit serta mengekalkan hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib berkaitan kesalahan pemalsuan dokumen di bawah Perkara 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).

Susulan itu, FAM diarahkan membayar denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (lebih kurang RM11,000) dan kesemua tujuh pemain digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan. — BERNAMA