artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Semua ahli exco FAM letak jawatan serta-merta | Madani News

Semua ahli exco FAM letak jawatan serta-merta

Semua ahli exco FAM letak jawatan serta-merta

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa kesemua ahli jawatankuasa eksekutif atau exco bagi penggal 2025–2029 meletak jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta selepas badan itu didakwa terlibat dalam isu dokumen palsu pemain warisan oleh FIFA.

“Keputusan ini dibuat secara sebulat suara, dengan mengambil kira tanggungjawab organisasi dan tanpa kepentingan atau jawatan peribadi.

“Ia merupakan langkah berhemah dan berprinsip yang diambil susulan situasi terkini yang telah menarik perhatian umum,” kata FAM dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut FAM, Jawatankuasa Eksekutif mengambil tanggungjawab bersama dan keperluan untuk bertindak dengan cara melindungi integriti persatuan itu.

Persatuan itu menyatakan bahawa peletakan jawatan tersebut bertujuan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

Menjaga reputasi dan kepentingan organisasi FAM serta mengurangkan risiko lebih buruk yang boleh menjejaskan bola sepak Malaysia secara keseluruhan.

Menegakkan prinsip tadbir urus yang baik dan akauntabiliti, terutamanya dalam keadaan di mana keyakinan awam perlu dipelihara.

Menyediakan ruang sewajarnya kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk bebas menilai, meneliti dan jika perlu, menangani perkara-perkara berkaitan tadbir urus serta hal ehwal pentadbiran FAM.

Memastikan sebarang pembaharuan yang perlu dilaksanakan dapat dijalankan tanpa gangguan atau konflik persepsi dan dengan asas kepercayaan yang tinggi.

Menunjukkan bahawa khidmat kepada bola sepak Malaysia lebih utama berbanding tempoh jawatan, walaupun Ahli Jawatankuasa Eksekutif telah diberikan mandat selama empat tahun (penggal 2025–2029) – melepaskan jawatan secara sukarela selepas 11 bulan dipilih.

Memulihkan keyakinan dalam kalangan penyokong, pihak berkepentingan, rakan kongsi, dan komuniti bola sepak secara keseluruhan. Mengekalkan kredibiliti institusi adalah penting bagi kestabilan, kelestarian, dan pembangunan masa depan bola sepak Malaysia.

FAM juga memaklumkan bahawa jawatankuasa eksekutif yang bakal berundur itu akan memberikan kerjasama penuh kepada FIFA, AFC, dan semua pihak berkaitan, selain menegaskan komitmen mereka terhadap kepentingan jangka panjang bola sepak negara.

Semalam, FAM mengumumkan bahawa Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah membenarkan tujuh pemain warisan yang digantung untuk kembali beraksi selepas membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman.

“Keputusan ini bermakna penggantungan 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak yang dikenakan oleh FIFA terhadap tujuh pemain Harimau Malaya itu ditangguhkan buat sementara waktu.

“(Para pemain) dibenarkan meneruskan kerjaya dan menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga CAS membuat keputusan akhir mengenai rayuan tersebut,” tambah FAM.

Sebelum ini, FIFA telah memulakan siasatan terhadap FAM dan tujuh pemain berkenaan iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, dan Hector Hevel.

Pada 26 September tahun lalu, FIFA mengesahkan pemain-pemain tersebut bersalah melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

Siasatan badan induk bola sepak dunia itu mendapati FAM didakwa mengemukakan dokumen palsu bagi mengesahkan kelayakan pemain terbabit, sekali gus membolehkan mereka beraksi dalam perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun, di mana Malaysia menang 4-0 ke atas Vietnam.

Akibatnya, FAM diarahkan membayar denda sebanyak 350,000 Swiss francs (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda 2,000 Swiss francs dan digantung daripada semua aktiviti bola sepak selama 12 bulan.

Susulan tindakan Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak rayuan FAM dan pemain tersebut pada 3 November lepas—yang mendakwa wujud ralat teknikal—FAM telah menyerahkan pernyataan rayuan kepada CAS pada 8 Disember. – MADANI NEWS