artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
"Kerajaan tidak tipu rakyat Sabah" - Pemberian khas 40 peratus hasil negeri bukan sandiwara politik - PM Anwar | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

“Kerajaan tidak tipu rakyat Sabah” – Pemberian khas 40 peratus hasil negeri bukan sandiwara politik – PM Anwar

“Kerajaan tidak tipu rakyat Sabah” – Pemberian khas 40 peratus hasil negeri bukan sandiwara politik – PM Anwar
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semasa ceramah di Sabah.

KENINGAU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad menegaskan bahawa kerajaan tidak menipu rakyat Sabah berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah, sebaliknya komited menyelesaikannya secara telus dan menyeluruh.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), mengulangi komitmen Kerajaan Persekutuan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai hak 40 peratus itu.

Beliau berkata, isu tersebut bagaimanapun telah dipolitikkan pihak lawan, khususnya pembangkang, sebagai bahan kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

“Pembangkang kata kerajaan buat rayuan, maknanya ia tidak betul. Pilihan raya bukan tempat untuk menipu. Ada parti yang sebelum ini berada dalam kerajaan, dalam Kabinet, pun tahu bahawa apa yang kita rayu hanyalah berhubung alasan penghakiman.

“Kita tidak merayu mengenai 40 peratus. Peguam Negara juga telah menjelaskan bahawa tiada rayuan terhadap isu ini. Saya sendiri menyebut di Parlimen bahawa kerajaan tidak akan merayu mengenai 40 peratus hasil Sabah,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra PM Sayang Sabah Bersama Pimpinan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid di Padang Kampung Menawo Ulu, di sini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan kini memberi tumpuan kepada proses rundingan teknikal untuk menentukan jumlah sebenar hasil Sabah serta angka tepat pemberian khas 40 peratus mengikut peruntukan Perlembagaan.

Beliau berkata, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican akan berada di Sabah esok untuk berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri berkaitan hak tuntutan berkenaan.

“Perlu bincang parameter, perincian dan aspek teknikalnya. Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof juga akan mempengerusikan mesyuarat.

“Kita perlu teliti berapa betul-betul hasil Sabah, jumlah sebenar 40 peratus itu, dan kemampuan kewangan kerajaan. Ini bukan sembang kosong,” katanya.

Pada Jumaat, Datuk Armizan Mohd Ali, wakil Menteri Kabinet Persekutuan dari Sabah bagi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63), berkata perbincangan pertama mengenai isu pemberian khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil akan diadakan esok di Menara Kinabalu. – BERNAMA