artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Guna media sosial, strategi komunikasi lisan tidak lagi berkesan - Zahid | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Guna media sosial, strategi komunikasi lisan tidak lagi berkesan – Zahid

Guna media sosial, strategi komunikasi lisan tidak lagi berkesan – Zahid
Gambar UMNO Online

UMNO mesti keluar daripada kepompong lama yang cenderung menekankan strategi komunikasi lisan, dengan perlu beralih menumpukan komunikasi non verbal atau tanpa lisan, yang digunakan secara meluas di media sosial.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata berdasarkan data yang diperoleh, dianggarkan 82 peratus pengundi kini menggunakan medium komunikasi tanpa lisan khususnya dalam kalangan generasi muda.

Bagi komunikasi lisan, beliau dapati hanya 18 peratus menggunakan medium berkenaan.

“Apabila generasi yang lahir pada 2008 dan generasi yang berada di bawah umur 40 tahun, mindanya berbeza dengan minda sebahagian besar kita. Inilah suatu realiti yang kita wajib hadapi.

“Kita lihat suatu realiti bencinya pengundi-pengundi Amerika Syarikat (AS) kepada (Donald) Trump sangat-sangat luar biasa. Namun tidak ramai jangka Trump boleh menang.

“Malah Trump sangat marah kepada TikTok ketika itu dan dia janji kalau menang (pilihan raya), TikTok akan diharamkan. Jelas TikTok sebagai media generasi baharu sampai sekarang tidak diharamkan.

“Ertinya kemenangan Trump dibantu oleh TikTok dan media sosial lain,” katanya ketika berucap merasmikan Simposium Politik Era Digital 2026 anjuran Penerangan UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Mengulas strategi lain yang perlu digarap jentera UMNO bagi mematahkan fitnah seteru politik, beliau tidak lagi mahu pendekatan defensif diguna pakai sebaliknya menekankan strategi ofensif yang pada pandangannya cara berkesan untuk mempertahankan parti.

“Masalah kita sudah lama tak serang. Bila (orang lain) serang kita pun tak pertahankan. Itu sebab kita ‘ke laut’ (tersasar).

“Biarpun saya tidak melakukan semua perkara dalam media sosial, tapi ada team (kumpulan) yang membantu saya.

“Kita juga ada 21,000 ketua penerangan, 191 ketua penerangan bahagian, 14 ketua penerangan negeri. Kita mesti ada team kita masing-masing. Campur semuanya termasuk di ibu pejabat (UMNO),. tak kurang 23,000 cybertrooper (laskar siber). Ini adalah aset kita,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengakui antara isu sering dibangkitkan akar umbi adalah mengenai peruntukan untuk kegunaan jentera penerangan.

Beliau berkata tidak seperti zaman presiden sebelum ini yang merujuk sewaktu Datuk Seri Najib Razak memimpin parti berkenaan yang ‘mewah’ dengan peruntukan.

“Ya benar kalau kerana tak ada peruntukan. Apa peruntukan kalau pakai (aplikasi) WhatsApp. Selalu kita fikir pasal peruntukan.

“Zaman bossku (Najib) sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, siapa dalam kalangan kita tak dapat bantuan daripada bossku? Jentera mana peringkat pusat (tak dapat peruntukan)?

“Ada dapat puluhan juta bahagian. Semua dapat. Jentera mewah tapi kita biar segala-galanya perlukan duit, tapi duit bukan segala-galanya,” katanya.