artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Irene Sofiya maut akibat trauma objek tumpul di kepala – Polis

Irene Sofiya maut akibat trauma objek tumpul di kepala – Polis
(GAMBAR KIRI) Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar dan (KANAN) Irene Sofiya

KECEDERAAN trauma akibat objek tumpul di bahagian kepala disahkan sebagai punca kematian tragis seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang dipercayai dibunuh di sebuah dewan sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, perkara berkenaan disahkan menerusi proses bedah siasat yang dijalankan oleh Pakar Patologi Forensik di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat semalam.

Susulan kejadian yang menggemparkan itu, beliau memberi jaminan penuh siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah terperinci dan tiada sebarang usaha menyembunyikan fakta daripada masyarakat.

“PDRM turut memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional tanpa sebarang elemen ‘cover-up’ atau melindungi mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan kes itu kini berjalan lancar dan turut mendapat kerjasama penuh daripada pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan.

M Kumar berkata, polis sudah menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun pada 3 Oktober, iaitu pada hari kejadian.

“Suspek kini dikenakan perintah reman selama enam hari bermula 4 hingga 9 Oktober ini selepas permohonan reman terhadapnya dibenarkan oleh majistret.

“Kes berkenaan sedang disiasat secara terperinci oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya.

Dalam pada itu, polis meminta orang awam supaya menjaga sensitiviti dan menghentikan penyebaran maklumat palsu berhubung insiden berkenaan.

“Kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau memberi sebarang komen yang boleh mengganggu proses siasatan atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.

Dalam kejadian itu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor sini, 3 Oktober lalu.

Mangsa berusia 16 tahun ditemui neneknya yang datang ke sekolah berkenaan selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah kira-kira jam 5.30 petang. – BH Online