Belanjawan 2027: Pelepasan cukai individu dinaikkan dari RM9,000 kepada RM12,000
PELEPASAN cukai individu akan dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000 bagi tahun taksiran 2027, iaitu cukai yang akan difailkan pada 2028.
Sementara itu, kadar cukai pendapatan bagi pemastautin akan diturunkan sebanyak satu mata peratusan, kata Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika membentangkan Belajawan 2027 hari ini, beliau turut mengumumkan peluasan skop pelepasan cukai lain untuk meliputi:
- Penjagaan selepas bersalin.
- Semua kos penjagaan warga emas, bukan hanya kos penjagaan kesihatan.
- Kasut sukan.
- Yuran pendidikan bagi semua bentuk pengajian, termasuk kelas tuisyen.
- Langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI).
- Vaksin.
- Kos pengambilan haiwan peliharaan angkat dari pusat perlindungan berdaftar. – MADANI NEWS
