Dua pegawai STAR Team lakar sejarah buat Maritim Malaysia | Madani News

Dua pegawai STAR Team lakar sejarah buat Maritim Malaysia

Dua pegawai STAR Team lakar sejarah buat Maritim Malaysia

DUA pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar sejarah agensi sebagai penerjun pertama selepas 20 tahun sejak skuad elit itu ditubuhkan.

Ini setelah Komander STAR Team, Kepten Maritim Syuzefril Mat Noor dan Ketua Skuadron Gempur Sabah & Sarawak, Leftenan Komander Maritim Nik Muhamad Hafizan Nik Muhamad Zawawi berjaya menamatkan Kursus Asas Payung Terjun Static Ram Air anjuran Pasukan Khas Udara (PASKUB) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Kursus intensif dengan kerjasama jurulatih penerjunan bertauliah daripada Unit 69 Komando, Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menyaksikan 15 peserta terdiri daripada pelbagai agensi keselamatan negara.

Selain dua pegawai STAR Team Maritim Malaysia, turut menyertai kursus tersebut termasuk seorang Pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM, manakala selebihnya daripada PASKUB Bomba.

Menuru Maritim Malaysia, penyeryaan julung kali STAR Team dalam kursus terjunan itu menjadi detik bersejarah selepas 20 tahun pasukan elit Maritim Malaysia itu ditubuhkan.

Para pelatih Kursus Asas Payung Terjun Static Ram Air bersiap sedia untuk melakukan terjunan.
“Ia membawa objektif besar bagi memperkukuh keupayaan taktikal dan kepakaran udara operator STAR Team dalam misi khas maritim,” kata kenyataan itu. – MADANI NEWS