artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Tengku Zafrul sah diterima jadi ahli PKR, bantahan UMNO 'tinggal kenangan' | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Tengku Zafrul sah diterima jadi ahli PKR, bantahan UMNO ‘tinggal kenangan’

Tengku Zafrul sah diterima jadi ahli PKR, bantahan UMNO ‘tinggal kenangan’

 PADA 15 Disember 2024 ketika timbul desas-desus Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan meletakkan jawatan dalam UMNO bagi membolehkan beliau menyertai PKR, ia telah mendapat bantahan keras daripada pemimpin UMNO.

Salah seorang yang paling lantang menentang tindakan itu ialah  Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr. Asryaf Wajdi Dusuki yang berhujah UMNO tidak akan “menerima dan membenarkan” lompat parti bagi mana-mana anggota kerajaan campuran.

“Budaya mengambil ahli atau pemimpin parti masing-masing hanya akan mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan hingga menggugat kestabilan gabungan. Cukuplah pengalaman pahit lampau dalam permuafakatan politik lalu hingga meruntuhkan Kerajaan akibat perlakuan khianat dan lompat-melompat serta mencuri ahli sesama kalangan parti dalam permuafakatan,” katanya ketika itu.

Sehari sebelum itu pada 14 Disember 2024 Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, sebaiknya parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak mengambil ahli-ahli parti lain dalam komponen itu.

“Kalau berlaku sebaliknya tentu mereka juga terasa hati. Jadi dalam keadaan macam ini eloklah kita menjaga perpaduan dalam kalangan kita,” katanya.

Lanjutan itu pada 30 Jun 2025 sebulan selepas Tengku Zafrul menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Majlis Kerja Tertinggi UMNO sekali lagi menegaskan, tidak wajar bagi parti dalam Kerajaan Perpaduan mengambil mana-mana ahli dalam kalangan parti komponen.

Kata Asyraf Wajdi, ‘’UMNO berasakan tiada kewajaran untuk parti dalam Kerajaan Perpaduan mengambil mana-mana ahli dalam kalangan parti komponen gabungan (yang membentuk) kerajaan untuk mengelakkan tercetusnya prasangka dan ketidakharmonian dalam kerajaan.’’

HARI INI  semua bantahan yang dizahirkan oleh UMNO ‘hanya tinggal kenangan’ apabila di OSAKA, JEPUN, Tengku Zafrul mengesahkan kepada wartawan Malaysia bahawa beliau telah diterima menjadi ahli PKR, dua minggu lalu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata beliau kini adalah ahli PKR bagi Cabang Ampang.

“Saya tidak ingat tarikh (penerimaan permohonan) tapi ia adalah ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, dua minggu lepas,” katanya kepada media Malaysia di sini hari ini ketika mengadakan lawatan ke Pavilion Malaysia bersempena Expo 2025 Osaka.

Pengesahan yang dibuat oleh Tengku Zafrul itu membuktikan bantahan UMNO selama ini hanya sia-sia.

Tetapi apa UMNO boleh lakukan? Tindakan PKR menerima Tengku Zafrul sebagai ahli tidak salah kerana bukan parti itu yang memujuk beliau untuk berbuat demikian. Sebaliknya Tengku Zafrul sendiri yang membuat keputusan sepertimana dinyatakan pada 30 Mei lalu.

 Kata beliau, perkara itu adalah pilihan peribadinya dan bukan atas sebarang paksaan.

“Saya akui, ia bukanlah suatu keputusan yang mudah, namun saya telah menimbangkan semua pandangan dan pendapat yang diberikan dengan cukup mendalam.

“Di dalam sebuah masyarakat yang mengamalkan sistem demokrasi, setiap individu mempunyai hak untuk membuat pilihan peribadi dan saya amat menghargai semua pandangan serta penerimaan terhadap keputusan ini,” katanya.

Justeru UMNO tidak perlu terus berasa kecewa dengan penerimaan Tengku Zafrul sebagai ahli PKR, sebaliknya menerima hakikat tersebut demi mengelakkan ‘ketidakharmonian dalam kerajaan’. Tahniah Tengku Zafrul! Bertabahlah UMNO!