Deneme bonusuDeneme bonusu veren siteler
Pemimpin dunia tiba untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-4, diketuai Presiden Brazil Lula | Madani News
Deneme bonusuDeneme bonusu veren siteler

Pemimpin dunia tiba untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-4, diketuai Presiden Brazil Lula

Pemimpin dunia tiba untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-4, diketuai Presiden Brazil Lula

KUALA LUMPUR hari ini menyaksikan ketibaan ramai pemimpin tertinggi dunia apabila lebih ramai ketua negara mula tiba untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hujung minggu ini.

Antara yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva bersama isteri Rosangela Lula da Silva, Naib Perdana Menteri China He Lifeng, Presiden Afrika Selatan Matamela Cyril Ramaphosa dan isteri Dr Tshepo Motsepe, serta Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta dan Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmao.

Mereka akan disertai oleh Menteri Luar Finland Elina Valtonen, Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn dan isteri Khen Rany, Menteri Luar dan Kerjasama Timor-Leste Bendito dos Santos Freitas, Menteri Luar Indonesia Sugiono, serta Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Djamari Chaniago.

Antara pemimpin dunia lain yang dijangka berhimpun di KLCC hujung minggu ini termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri China Li Qiang, Presiden Majlis Eropah Antonio Costa dan Perdana Menteri wanita pertama Jepun Sanae Takaichi.

Ketibaan mereka menandakan momentum yang semakin memuncak menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di KLCC dari 26 hingga 28 Okt ini. – BERNAMA