artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Semua 23 rakyat Malaysia ditahan Israel dibebaskan hari ini, dibawa ke Istanbul - PM Anwar | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Semua 23 rakyat Malaysia ditahan Israel dibebaskan hari ini, dibawa ke Istanbul – PM Anwar

Semua 23 rakyat Malaysia ditahan Israel dibebaskan hari ini, dibawa ke Istanbul – PM Anwar

SEBANYAK 23 rakyat Malaysia anggota delegasi Global Sumud Flotila yang berada di dalam tahanan rejim Zionis sejak Khamis, akan dibawa keluar dari Israel hari ini menggunakan sebuah pesawat khas ke Istanbul, Turkiye.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesemua 23 rakyat Malaysia itu sedang dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Ramon di Selatan Israel.

“Dengan rundingan saya bersama pihak Ketua Risikan Malaysia yang berada di Ankara untuk penyelarasan bersama Duta Besar dan Kedutaan Malaysia di Ankara, lebih baik mereka menginap di Istanbul sekitar satu…satu setengah hari untuk pemeriksaan kesihatan akibat trauma dan tekanan daripada tindakan keras dan zalim Israel.

“Saya setuju dan mereka akan berlepas pulang (ke Malaysia) mungkin esok malam ataupun lusa,” kata beliau pada satu siaran langsung di Facebook hari ini.

Anwar yang juga penaung misi Sumud Nusantara menegaskan bahawa kejayaan membebaskan dan membawa pulang 23 rakyat Malaysia daripada tahanan rejim Zionis, adalah hasil rundingan diplomatik yang panjang.

Beliau berkata proses pembebasan tersebut melibatkan koordinasi erat pada peringkat antarabangsa termasuk melalui perbincangan oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio dan Kerajaan Jordan, serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Utusan Khas AS ke Timur Tengah Steve Witkoff.

Perdana Menteri berkata kejayaan itu juga adalah hasil rundingan beliau sendiri bersama Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani serta Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dan Ketua Keselamatan Negara Turkiye Dr Ibrahim Kalin.

Perdana Menteri berkata perancangan dan rundingan membawa pulang dan menyelamatkan semua mangsa tidak hanya terbatas kepada keselamatan delegasi daripada Malaysia dan Turkiye sahaja.

“Kita juga bicara tentang semua, termasuk Eropah dan rakan-rakan Indonesia dan lain-lain negara yang bersama-sama dalam rombongan Sumud Flotila ini,” kata Perdana Menteri.

Pada Khamis, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah R3, di Laut Mediterranean seterusnya dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.

Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

Selain itu, Razali Awang menaiki kapal Inana; pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad Abdullah (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).

GSF disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara belayar menuju ke Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel, sambil menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.
— BERNAMA