37 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi
KUALA LUMPUR – Sebanyak 37 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9.30 pagi ini, dengan Seremban, Negeri Sembilan merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 186.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Negeri Sembilan turut mencatatkan bacaan tidak sihat di Nilai (183) dan Port Dickson (174).
Di Melaka, Bukit Rambai mencatatkan bacaan 184, Bandaraya Melaka (184) dan Alor Gajah (178).
Johor merekodkan lapan kawasan terjejas, iaitu Segamat (183), Pasir Gudang dan Tangkak (181), Kluang (176), Larkin (173), Pengerang (171), Batu Pahat (169) serta Kota Tinggi (166).
Di Selangor, Johan Setia mencatatkan bacaan tertinggi pada 183, diikuti Shah Alam (178), Petaling Jaya (169), Banting (168), Klang (167) dan Kuala Selangor (151).
Di ibu negara, Batu Muda merekodkan bacaan 171 manakala Cheras mencatatkan 170. Putrajaya turut merekodkan bacaan tidak sihat pada 170.
Lima kawasan di Perak yang terjejas ialah Tasek Ipoh (178), Tanjung Malim (173), Pegoh Ipoh (172), Seri Manjung (159) dan Taiping (128).
Di Pahang, bacaan tidak sihat direkodkan di Rompin (170), Indera Mahkota, Kuantan (162) dan Temerloh (154), manakala di Kedah, Sungai Petani mencatatkan 157 dan Alor Setar (153).
Tiga kawasan di Pulau Pinang turut mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Minden (153), Seberang Jaya (152) dan Seberang Perai (119). Kemaman, Terengganu pula merekodkan bacaan 153.
Sementara itu, sebanyak 31 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.
Susun semula kawasan mengikut negeriRingkaskan senarai bacaan yang panjang. – MADANI NEWS
