artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor
Serangan berdarah di Bondi Beach, angka korban meningkat kepada 16 orang | Madani News
artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Serangan berdarah di Bondi Beach, angka korban meningkat kepada 16 orang

Serangan berdarah di Bondi Beach, angka korban meningkat kepada 16 orang
Gambar Internet

SYDNEY: Angka korban akibat insiden tembakan di Bondi Beach, Sydney pada Ahad meningkat kepada 16 orang, dengan pihak berkuasa mengesahkan seorang bapa dan anak lelakinya sebagai suspek utama kejadian, lapor Xinhua.

Polis negeri New South Wales (NSW) dalam kenyataan pada pagi Isnin memaklumkan bahawa 14 mangsa maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Mangsa yang terkorban berusia antara 10 hingga 87 tahun, termasuk salah seorang daripada penyerang. Setakat pagi Isnin, 40 individu masih dirawat di hospital, dengan lima daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Pesuruhjaya Polis NSW, Mal Lanyon, berkata dalam sidang media bahawa dua suspek terbabit ialah seorang lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 24 tahun. Suspek berusia 50 tahun itu disahkan maut di lokasi kejadian dan merupakan pemegang lesen senjata api yang sah, selain memiliki enam pucuk senjata secara berlesen.

Insiden itu berlaku kira-kira 6.47 petang waktu tempatan apabila kedua-dua suspek melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang dianggarkan seramai 1,000 orang, yang sedang berkumpul di pantai berkenaan bagi menyambut hari pertama perayaan Yahudi, Hanukkah.

Lanyon mengesahkan kejadian tersebut telah diklasifikasikan sebagai serangan pengganas, sambil menegaskan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif serangan.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, menyifatkan serangan itu sebagai satu bentuk “kejahatan mutlak” dan menegaskan komitmen kerajaan untuk membanteras sebarang bentuk sentimen anti-Yahudi.

“Ia satu wabak dan kita akan membanterasnya bersama-sama,” katanya.

Kejadian di Bondi Beach ini merupakan insiden tembakan paling berdarah di Australia sejak tragedi Port Arthur pada 1996, yang meragut 35 nyawa dan membawa kepada perubahan besar undang-undang pemilikan senjata api di negara itu.

BERNAMA-XINHUA