artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Zaid yakin PAS mampu tadbir negara, sasar bersihkan imej parti ekstrem

Zaid yakin PAS mampu tadbir negara, sasar bersihkan imej parti ekstrem

TIDAK sampai 24 jam selepas diumumkan sebagai ahli baharu PAS, bekas menteri dan tokoh politik veteran, Datuk Zaid Ibrahim tampil dengan misi besar — mengubah persepsi masyarakat terhadap PAS yang sering dilabel sebagai parti ekstrem dan antidemokratik.

Menurut Zaid, beliau diterima menyertai PAS dengan penuh kemesraan dan keikhlasan, sekali gus mendorongnya untuk membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

“Saya akan berusaha keras untuk menghilangkan imej PAS sebagai parti antidemokratik yang ekstrem dan tidak sesuai untuk Malaysia yang berbilang budaya,” katanya menerusi kenyataan di media sosial hari ini.

Zaid menegaskan PAS sebenarnya merupakan satu-satunya parti majoriti Melayu yang mempunyai kekuatan dan kesungguhan untuk membela semua lapisan masyarakat berteraskan prinsip Islam.

Menurutnya, jika PAS diberi peluang mentadbir negara, rakyat tidak perlu bimbang terhadap ketidakadilan atau amalan pilih kasih.

“PAS mempunyai kekuatan dan keazaman untuk menghapuskan ketidaksamaan, hegemoni dan keistimewaan kelas. Inti pati Islam akan menjadi prinsip pemerintahan,” katanya.

Beliau turut memetik karya terkenal George Orwell, Animal Farm, dengan menyatakan pemerintahan PAS tidak akan mewujudkan situasi “semua orang sama rata, tetapi ada yang lebih sama rata daripada yang lain.”

Malam tadi, PAS secara rasmi mengumumkan penyertaan Zaid dalam satu majlis ceramah perdana di Seremban, Negeri Sembilan.

Turut menyertai PAS pada majlis sama ialah bekas Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Othman; bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azlan Johar; bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Othman; serta bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang pernah menyertai Amanah, Rosli Yaakop.

Kesemua mereka menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Penyertaan Zaid dilihat signifikan ketika Negeri Sembilan bersiap sedia menghadapi pilihan raya negeri pada 1 Ogos depan, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai.

Lebih menarik, Zaid turut melahirkan keyakinan bahawa PAS bakal memainkan peranan lebih besar dalam pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum akan datang.

“Itulah sebabnya PAS akan mentadbir Malaysia bersama-sama ahli Parlimen progresif yang mempunyai pemikiran sehaluan selepas PRU akan datang,” katanya. – MADANI NEWS