artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

RCI TH: Azeez Rahim, Irwan Serigar ditahan SPRM – Sumber

RCI TH: Azeez Rahim, Irwan Serigar ditahan SPRM – Sumber
Bangunan Tabung Haji

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dipercayai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Mereka dijangka direman esok bagi membantu siasatan susulan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) THi.

Walaupun tidak menyatakan nama, sumber dari laman TikTok SPRM, mendedahkan kedua-dua individu lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang tadi ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Mereka dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman esok, memetik laporan Malaysia Gazette.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Jumaat lalu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH direman tujuh hari berkaitan laporan RCI TH.

Perintah reman sehingga esok dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Sumber sebelum ini memaklumkan, individu berkenaan juga adalah ahli korporat terkenal yang pernah memegang jawatan di beberapa syarikat terkemuka di negara ini.

SPRM sebelum ini sudah menahan dan memanggil tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung RCI itu.

Mereka terdiri daripada bekas ketua pegawai eksekutif syarikat perkapalan, selain pengarah syarikat pembinaan, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH.

Sebelum ini, laporan RCI TH yang didedahkan selepas empat tahun, mengemukakan sebanyak 25 syor utama bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme, dan tadbir urus institusi terbabit.

Antara syor utama yang terkandung dalam laporan RCI terbabit ialah melarang ahli politik aktif daripada menduduki Lembaga Pengarah TH bagi mengelakkan campur tangan politik.

Malah, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya siasatan berhubung laporan RCI TH dijalankan ‘sehingga ke lubang cacing’. – MADANI NEWS