artisan selection travel stories escort listings exclusive offers official site ceramic mugs home decor travel stories storefront adult services local directory home decor online store urban lifestyle escort listings best deals best deals product catalog home decor official site escort listings urban lifestyle local directory ceramic mugs storefront adult services creative works best deals shop now product catalog escort listings local directory buy online urban lifestyle handmade gifts product catalog official site shop now escort listings exclusive offers online store ceramic mugs premium collection travel stories escort listings exclusive offers exclusive offers storefront local directory online store home decor city guide exclusive offers adult services urban lifestyle creative works travel stories home decor local directory home decor

Shafie Apdal dipenjara lima minggu, hukuman tangguh hingga selesai rayuan

Shafie Apdal dipenjara lima minggu, hukuman tangguh hingga selesai rayuan

AHLI Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini dijatuhi hukuman penjara lima minggu oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menghina mahkamah berhubung kenyataan dibuatnya berkaitan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Hakim Amir Shah Amir Hassan memutuskan bahawa Peguam Negara, selaku pemohon berjaya membuktikan permohonan menghina mahkamah terhadap bekas Ketua Menteri Sabah itu yang juga Presiden Parti Warisan, melampaui keraguan munasabah.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, meskipun pihak pendakwaan membantah permohonan tersebut.

Ketika menyampaikan keputusan mengikut Seksyen 99A dan Perenggan 26, Jadual Ketiga Akta Mahkamah Rendah 1948, mahkamah turut mempertimbangkan hujahan mitigasi yang dikemukakan oleh peguam serta Timbalan Pendakwa Raya.

“Mahkamah berpuas hati bahawa pemohon berjaya membuktikan Notis Permohonan dalam Lampiran 1 (menghina mahkamah) melampaui keraguan munasabah terhadap responden. Oleh itu, mahkamah mendapati responden bersalah menghina mahkamah dan beliau disabitkan atas kesalahan tersebut,” kata Amir Shah dalam penghakimannya.

Mohd Shafie diwakili peguam Jakariya AB Jalil dan Chen Ket Chuin, manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam dan Nadia Mohd Izhar hadir bagi pihak pendakwaan.

Pada 22 Sept tahun lepas, Mahkamah Koroner mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Mohd Shafie berhubung kenyataan yang didakwa mengganggu perjalanan prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina.

Kemudian pada 23 Okt, Koroner Amir Shah membenarkan Peguam Negara untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Mohd Shafie.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai tahun lepas, sehari selepas beliau ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya di Papar.

— BERNAMA.